Misi

Memastikan setiap pelanggan mendapat konsultansi sebaiknya setelah laporan kewangan di siapkan dan memupuk supaya pemilik membangunkan bahagian akaun dalam syarikat yang di usahakan.

Visi

Menjadi sebuah firma yang mampu bantu usahawan menggunakan laporan kewangan sebagai “tool” dalam menguruskan perniagaan anda.

Pengenalan

Chartkeepers berasal dari gabungan dua perkataan inggeris iaitu “Chart” dan “Keepers”. Chart di ambil sempena komponan utama dalam memulakan penyediaan laporan kewangan menggunakan sebarang sistem yang di kenali dengan nama penuh senarai carta akaun. Di gunakan dalam merangka senarai jenis kategori dalam merekod transaksi perniagaan. Manakala Keepers bermaksud orang yang menyediakan laporan kewangan berkenaan.

2 komponan asas ni penting dalam menghasilkan laporan kewangan yang berkualiti. Bukan hanya menyediakan laporan kewangan malahan mampu untuk memberi khidmat nasihat penambahbaikkan bahagian akaun syarikat serta dapat membantu pengusaha menambah ilmu pengetahuan bahagian perakaunan syarikat.

Chartkeepers Sdn Bhd dulunya adalah di kenali dengan nama MM Consulting Sdn Bhd. Asalnya servis perakaunan di masukkan sekali dengan servis lain yang di uruskan oleh sebuah lagi syarikat yang di usahakan oleh En Nur Firdaus bin Muhammad iaitu penggerak utama Chartkeepers Sdn Bhd iaitu syarikat Millionmind Sdn Bhd. Selari dengan perkembangan syarikat servis perakaunan di asingkan supaya dapat di bangunkan dengan lebih baik lagi.

Beliau dilahirkan di Butterworth, Pulau Pinang pada tahun 1983. Membesar sebahagiannya di Perak dan sebahagian lagi di Selangor. Beliau memulakan pendidikan awal di peringkat pengajian tinggi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Dungun dalam diploma perakaunan dan kemudian mula bekerja di kawasan KLIA dengan beberapa syarikat.

Antara syarikat-syarikat yang beliau pernah berkhidmat adalah Malaysia Airports Sepang Sdn Bhd dan Hotel Pan Pacific, KLIA. Beliau kemudian bekerja dengan syarikat pemaju Sekutu Saujana Development (M) Sdn Bhd. Selepas beberapa tahun pengalaman dalam bidang perakaunan yang ditimba, beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Arau.

Selepas menamatkan pengajian di UiTM beliau kemudian menjalankan perkhidmatan kemaskini simpan kira secara sambilan. Bagi memperkukuhkan lagi pengalaman yang ditimba, beliau bekerja juga dlam masa yang sama dengan UMW Synergistic Generation Sdn Bhd yang terlibat dalam industri gas dan minyak.

Percaya bahawa menjadi seorang akauntan bertauliah membuka pintu kepada pelbagai peluang besar, beliau mengambil keputusan untuk mengambil lesen amalan pada tahun 2013 dan menjadi ahli kepada Malaysia Institute of Accountant (MIA) dan pada tahun 2018 menjadi ahli kepada Asean Certified Public Accountant.

Kini menjadi penggerak utama Chartkeepers Sdn Bhd di dalam memberi perkhidmatan professional dan meningkatkan kesedaran usahawan di dalam pengurusan kewangan syarikat.

Profail Ketua Pegawai Eksekutif

NUR FIRDAUS BIN MUHAMMAD
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Sijil Pengiktirafan

Lokasi Pejabat