#9_FAKTA_BISNES : KELEBIHAN
SEDIAKAN LAPORAN KEWANGAN

📍Dapat sahkan transaksi bisnes. Transaksi Jualan dan belian – penting dari aspek percukaian.

Setiap transaksi perlu di sahkan ianya benar-benar adalah berkaitan bisnes. Ini amat penting contohnya perbelanjaan, benar-benar di belanjakan untuk perniagaan, jika tidak ianya perlu di keluarkan balik dalam perbelanjaan. Manakala jumlah jualan benar-benar direkodkan kesemuanya dalam rekod perniagaan. Jika ianya terlepas untuk direkodkan boleh akibatkan terkurang catat bagi rekod perakaunan, seterusnya memberi kesan kepada pengiraan cukai.

Bagi para akauntan atau “bookkeeper” pengetahuan asas yang ada tentang rekod perakaunan mampu untuk bantu setiap transaksi di rekodkan mengikut tempoh yang betol.

📍Tahu prestasi semasa terutama JUALAN.

Dengan mengetahui rekod jualan, pengusaha dapat merangka plan pemasaran yang lebih baik. Sasaran dapat di capai apabila mengetahui keadaan semasa jualan dan apa yang mahu di capai. Pasukan pemasaran akan umpama seorang yang berjalan tanpa arah tuju apabila sasaran tidak di tetapkan. Sasaran perlu realistik dan berdasarkan angka-angka lepas sebagai panduan. Angak jualan juga mampu jadi batu asas dalam perniagaan yang mana tahu bisnes itu hidup atau sebaliknya.
Angka JUALAN juga dapat memberi motivasi terutamanya bisnes yang menggunakan pasukan agen atau pasukan jualan. Dengan melihat angka-angka jualan mereka akan bekerja lebih kuat bila mereka lihat nombor-nombor yang meningkat. Bila menurun ada “Team Leader” yang dapat memberi galakkan untuk tingkatkan lagi JUALAN sedia ada.

📍Tahu bisnes di tahap UNTUNG atau RUGI.

PENTING untuk mengetahui bisnes anda berada di tahap untung atau rugi. Formula asas digunakan dan dipersembahkan dalam laporan kewangan untuk mengukur keuntungan atau kerugian yang berlaku. Daya usaha perlu di tingkatkan sekiranya berada paras kerugian dan bila berada paras keuntungan harus membuat perancangan simpanan dengan baik untuk kelangsungan bisnes akan datang.

📍Dapat mengawal perbelanjaan dan mengurangkan ketirisan.

Pengusaha selalu terjerumus untuk berbelanja berlebihan. Perkara ni terjadi kerana tiada perancangan perbelanjaan dan tidak tahu status semasa perbelanjaan. Kawalan juga tidak di buat sekiranya tiada data perbelanjaan. Data-data perbelanjaan mampu bantu tahap mana telah di belanjakan dan apakah plan seterusnya yang mahu dirangka bagi maksimumkan keuntungan. Perkara ini kita boleh aplikasikan ketika sedang berjalan rangka promosi yang di buat, tapi keadaan sebaliknya berlaku. Jadi harus ada data kewangan untuk “boost”kan marketing sedia ada.
Contoh lain adalah apabila kita dapati perbelanjaan utility begitu besar. Jadi semakkan perlu di buat apakan yang menyebabkan ianya di belanjakan begitu besar. Sekiranya terdapat pembaziran, langkah pencegahan dapat di ambil. Lampu-lampu di buka hanya bila di perlukan contohnya dan buat peringatan untuk menutup air-cond sekiranya keluar dari premis. Contoh lain adalah berkenaan bil telefon. Kita dapati kosnya besar. Kita boleh tukar penyedia perkhidmatan yang menyediakan pakej lebih bagus dengan kadar lebih baik.

📍Maklumat yang di sediakan untuk buat keputusan dan perancangan masa depan bisnes.

Maklumat dalam laporan kewangan di gunakan untuk membuat bajet. Bajet yang telah di sediakan menjadi panduan semasa membuat keputusan perbelanjaan. Berdasarkan rekod juga anda boleh menilai apakah perbelanjaan yang harus di buat bagi mengembangkan lagi perniagaan sedia ada. Contoh keadaan semasa menunjukkan operasi perniagaan memerlukan tambahan mesin, jadi adakah laporan lepas menunjukkan kemampuan kita untuk membeli. Sekiranya tidak mampu, kita boleh ikhtiarkan cara lain contohnya mintak bantuan dari agensi-agensi kerajaan yang mana situasi kita, bila mesin di tambah, tahap jualan boleh meingkat.

📍Memudahkan proses mengurus cukai.

Dalam situasi bisnes sekarang pengurusan cukai amat penting. Salah urus boleh makan keuntungan sedia ada. Oleh yang demikian bagi perniagaan yang aktif harus sediakan laporan kewangan dan mengambil langkah-langkah proaktif dalam mengurus cukai. Pengusaha juga dapat membuat perbelanjaan setelah mengambil kira faktor keperluan untuk mengambil kelebihan dari segi cukai. Contohnya pembelian aset, perniagaan akan mendapat kelebihan dari segi pelepasan elaun modal dan ini mampu untuk bantu kurangkan cukai perniagaan.
Dalam zaman sekarang juga, pengusaha tidak lari dari urusan cukai GST iaitu sebelum Jun 2018 dan SST yang akan bermula pada SEPTEMBER 2018. Bagi pengusaha yang telah mencapai had yang ditetapkan harus mengfailkan maklumat jualan dan belian. Yang mana rekod ini di perlukan dalam menyediakan laporan kewangan. Jadi dah alang-alang sediakan untuk urusan SST, makanya lebih baik pengusaha sediakan laporan lengkap, laporan kewangan untuk di gunakan dalam membuat keputusan.

📍Dapat menetapkan HARGA JUALAN dengan lebih tepat

Setelah mengetahui segala kos yang dibelanjakan, harga yang di tetapkan dapat di nilai adakah di tetapkan pada kadar yang sebetulnya atau tidak. Bagi situasi harga berdasarkan harga pasaran, pengusaha dapat mengawal perbelanjaan supaya dapat memastikan perniagaan berada di tahap untung. Kadar margin yang munasabah harus ada untuk memastikan kelangsungan perniagaan.
Penetapan HARGA JUALAN yang betul boleh di selaraskan dengan strategi pemasaran. Pengusaha tahu berapa breakeven iaitu titik pulang modal atau bila masa boleh letakkan harga di bawah kos yang mana harus selari dengan perancangan pemasaran. Bukannya sembrono letakkan harga barang jualan atau perkhidmatan yang di tawarkan yang mana sekiranya di lakukan dengan sembrono boleh akibatkan lambat laun makan modal pengusaha itu sendiri.

📍Bagi perniagaan perkongsian meningkatkan KETELUSAN dari segi transaksi bisnes. Elak pergaduhan bila akaun di urus dengan betol.

Bila berada dalam situasi perniagaan anda mempunyai pekongsi, amat penting ketelusan. Perbelanjaan benar-benar berdasarkan kepentingan perniagaan, dan segala hasil di ambil kira. Tiada “deal” luar. Ketelusan mampu buatkan perniagaan anda terus berkembang dan sekiranya anda mahu berpisah, dapat berpisah dengan cara paling terbaik.
Ada sesetengah kes, urusan yang di jalankan adalah berdasarkan usahasama. Anda boleh sediakan laporan kewangan berdasarkan projek atau suatu usahasama. Makanya ketelusan amat penting dan jalan penyelesaian harus sediakan laporan kewangan berdasarkan sesuatu projek. Pihak yang di lantik untuk sediakan laporan pon berdasarkan persetujuan bersama. Jadi lebih banyak urusan akan dating dapat di lakukan sekiranya ketelusan menjadi kunci utama.

📍Dapat mengambil langkah pencegahan awal sekiranya tahu bisnes tidak menguntungkan.

Bila bisnes konsisten tidak menguntungkan pengusaha boleh merancang untuk buat “EXIT PLAN” bagi mengelakkan kerugian lebih besar. Perkara ini amat penting bagi pengusaha yang mana peniaga tegar. Maknanya hidupnya sudah biasa dengan berniaga. Makanya walaupon mengambil exit plan, masih boleh merangka perancangan bisnes akan datang dengan apa yang ada di tangan.

Sejak dahulu lagi kejayaan sebuah perniagaan Antara kuncinya adalah kita tahu prestasi kewangan perniagaan. Tanpanya seolah-olah hilang panduan dalam menggerakkan sesebuah oraganisani. Bagi yang ingin ketahui lebih lanjut boleh hubungi kami SEKARANG!! www.wasap.my/60176476900/laporankewangan

#chartkeepers
#accountant
#juruakaun
#laporankewangan
#akauntan
#Millionmind4u
#kelebihanlaporankewangan
#mdec #mara #tekun
#usahawan #eusahawan
#daftarsyarikat

[sgmb id=1]

Categories: PERAKAUNAN