DALAM BISNES PERLU KA ADA? Jawapannya PERLU ADA AKAUNTAN. Akauntan pun ada 2 kategori, bertauliah atau tidak bertauliah. Siapa yang beri tauliah? Samaada persatuan akauntan atau badan-badan professional. Start up perlu ka sampai nak ada akauntan. Soalan ni selalu menjadi persoalan hangat bagi yang bisnes tak kira lah yang baru atau lama. Akauntan di perlukan seawal proses anda menjana idea untuk memulakan bisnes. Pandangan mereka boleh di ambil kira dalam membuat keputusan. Sehingga lah anda menjalankan bisnes seterusnya proses anda berkembang.

Profession akauntan suatu profession sepanjang zaman. Dari dulu hingga kini, dari kecil organisasi sehinggalah besar semuanya perlukan akauntan. PERSOALANNYA KATEGORI AKAUNTAN MACAM MANA YANG ANDA PERLUKAN? Kategori mengikut peringkat bisnes anda. Sebabnya untuk menggaji atau upah mereka yang professional sangatlah mahal. Boleh semahal anda membayar peguam atau doktor. Pada peringkat awal, gunakan mereka yang berhampiran anda. Lebih jimat dan kadangkala percuma. Kebanyakkan mereka yang berada dalam bidang ini mengambil jurusan akaun. Dan jurusan akaun di tawarkan dari peringkat sekolah hingga lah Ijazah Sarjana ataupon professional. Seterusnya, anda boleh mengupah juruakaun/akauntan luar untuk menyediakan laporan kewangan anda. Yes…antara fungsi akauntan selain dari memberi khidmat nasihat mereka juga menyediakan laporan kewangan. Bagi mereka yang mengupahkan juruakaun sambal itu anda boleh bertanya status bisnes anda. Pada saat ini ada yang boleh bertolak ansur dan memberikan nilai tambah dengan memberikan khidmat nasihat. Seterusnya, anda mengupah pekerja di bidang akaun untuk uruskan akaun anda. Ambil akauntan dan taraf lantikan mengikut perkembangan dan kemampuan anda.

CUMA , JANGAN ABAIKAN soal menyediakan laporan kewangan. Antara kunci yang boleh menyelamatkan anda. NAK JIMAT URUSKAN AKAUN?Belaja guna sistem akaun dan urus akaun bisnes anda. Buat carian maklumat di google dan youtube untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut. Bila sampai masanya laveragekan dan manfaatkan fungsi akauntan dalam bisnes anda.

Nanti kita sambung lebih lanjut lagi jenis-jenis akauntan. p/s: Kami di SUPER Incorp terdiri dari akauntan bertauliah dan yang berpengalaman.

Categories: PERAKAUNAN