Di dalam menilai sesuatu belian kedua-dua kategori boleh berubah mengikut jenis perniagaan yang di jalankan. Bagi jenis perniagaan contohnya perabot, ianya bukanlah menjadi aset, ianya menjadi Kos Jualan.

Selain soal jenis perniagaan, nilai dalam bentuk matawang juga menjadi penanda aras belian berkenaan akan menjadi aset atau belanja. Syarikat kecil bolehlah menetapkan nilai lebih dari RM 100 barulah ianya akan menjadi aset. Manakala bagi syarikat besar mereka boleh menetapkan lebih dari RM 1,000.

Bagaimana ianya menjadi isu di dalam mengkategorikan adalah sebab dari aspek percukaian perniagaan. Terdapat elaun modal yang boleh di tuntut bagi sesetengah jenis aset.

Usahawan harus bijak dalam menentukan nilai barangan yang akan menjadi aset atau belanja. Laporan kewangan yang cantik dan pembayaran cukai mampu menarik pemodal untuk melabur ke dalam perniagaan kita.

Facebook/IG : SUPER Incorp

Categories: PERAKAUNAN